Tun Wan Junaidi membeli barangan di Pasar Satok, sarapan di Old Rex Cafe

Tun Wan Junaidi membeli barangan di Pasar Satok Foto kredit: UKAS

KUCHING, 4 Feb: Yang di-Pertuan Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meluangkan masa pagi ini untuk membeli barangan di Pasar Satok bersama.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Tun Wan Junaidi ditemani isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan anak-anak beliau.

Membeli-belah di Pasar Satok adalah merupakan aktiviti mingguan buat Tun Wan Junaidi serta keluarga.


Selesai membeli barangan, beliau kemudiannya bersarapan pagi di salah satu kedai kegemarannya iaitu Old Rex Cafe.

Semasa berada di Pasar Satok dan Old Rex Cafe, Tun Wan Junaidi sempat juga menyantuni dan beramah mesra dengan pelanggan lain di kedua-dua tempat. — DayakDaily

Tun Wan Junaidi beramah mesra dengan pelanggan di Old Rex Cafe. Foto kredit: UKAS