Tun Taib terima rawatan di kediamannya di Demak Laut – Abang Johari

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING, 7 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg belum menerima laporan terkini berhubung tahap kesihatan bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Namun beliau mengesahkan bahawa Tun Taib kini menerima rawatan di kediamannya di Demak Jaya, Kuching.

“Tun Taib kini sedang menerima rawatan di rumah, kita ada jururawat dan doktor dari Normah (Pusat Kesihatan).


“Saya belum menerima laporan kesihatan Tun Taib, tetapi dia okay la, biasalah ada sakit,” kata Abang Johari ketika ditemui selesai Sambutan Hari Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Dalam pada itu, pihak polis telah menerima sebanyak lapan laporan setakat Selasa berhubung dakwaan pemindahan Taib dari hospital swasta di Kuching pada Sabtu.

Beberapa laporan telah dibuat oleh ahli keluarga bekas gabenor itu.

Terdahulu, polis menyiasat laporan dakwaan mengatakan Taib telah dikeluarkan dari hospital oleh isterinya Toh Puan Raghad Kurdi Taib. ā€” DayakDaily