Tun Taib hadir Program Malam Bulan Dipagar Bintang

Tun Taib mehadiri Persembahan Malam Bulan Dipagar Bintang.

KUCHING, 3 Okt : Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada malam ini menghadiri Program Malam Bulan Dipagar Bintang.
Persembahan Malam Bulan Dipagar Bintang dibangunkan menerusi 14 lagu yang dipetik daripada enam buah filem arahan dan lakonan Seniman Agung P Ramlee.
Antaranya Anakku Sazali dan Semerah Padi pada tahun 1956, Sarjan Hassan (1958), Musang Berjanggut dan Pendekar Bujang Lapok (1959) dan Ibu Mertuaku pada tahun 1962.
Filem-filem ini telah dijadikan tajuk kupasan yang dibincangkan dalam pemikiran pada seminar 2 hari lepas.
Manakala lagu daripada filem tersebut telah diangkat oleh Kelab Peminat P Ramlee Sarawak (KPPRS) untuk dijadikan persembahan khas malam ini.
Pentas malam ini menggabungkan seramai 50 orang artis yang terdiri dari ahli-ahli KPPRS.
Program yang diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa Dan Pustaka turut dihadiri Menteri Pelancongan, Industri kreatif Dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Presiden KPPRS Dato Dr Adi Badiozaman Tuah. — DayakDaily