Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan Datuk Patinggi Fauziah berkenan hadir majlis jamuan teh

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi di upacara memotong pulut kuning sempena Perayaan Hari Lahir ke-78 beliau.
Advertisement

KUCHING, 13 Okt: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menghadiri dalam Majlis Jamuan Teh sempena Perayaan Hari Lahir ke-78 beliau hari ini.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), di majlis itu, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta isteri menyampaikan sumbangan kepada seramai 150 orang daripada pelbagai institusi kebajikan.

Antaranya, Institusi Taman Seri Puteri Kuching, Asrama Akhlak (Perempuan) Kuching, Sekolah Tunang Bakti Kuching, Desa Bina Diri Kuching, Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Haji Kuching, Rumah Seri Kenangan Kuching serta penerima bantuan bulanan.

Advertisement

Dalam majlis tersebut, para tetamu turut disajikan dengan video khas mengenai latar belakang kehidupan yang dikongsikan oleh Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sendiri disusuli upacara memotong pulut kuning.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Selain itu, tetamu kenaman yang hadir turut disajikan dengan persembahan kebudayaan daripada Kumpulan Kasuma Tari dan persembahan nyanyian daripada penyanyi-penyanyi Sarawak, Nur Hijrah Yahya, Firdaus Materang dan Bob Yusuf. — DayakDaily

Advertisement