Tukang masak durjana disyaki rogol anak tiri diberkas

Royal Malaysia Police logo
Advertisement

Oleh Dean Adam

KUCHING, Nov 6: Perbuatan durjana seorang tukang masak yang disyaki merogol anak tirinya akhirnya membawa padah apabila dia diberkas menerusi satu serbuan di Jalan Airport di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Denis Leong Soon Kuai berkata, suspek yang berusia 33 tahun diberkas kira-kira pukul 9 pagi.

Advertisement

Jelasnya, tangkapan itu dilakukan susulan laporan yang dibuat oleh mangsa berusia 10 tahun yang ditemani ahli keluarganya baru-baru ini.

“Berdasarkan laporan diterima, lelaki berkenaan disyaki merogol kanak-kanak perempuan itu semasa dia sedang tidur di rumah tamu rumah keluarganya.

“Mangsa juga mendakwa, ia bukan kali pertama suspek telah melakukan perbuatan terkutuk tersebut,” katanya di sini hari ini.

Leong menambah, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

“Jika didapati bersalah boleh disabitkan hukuman tidak kurang penjara 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun penjara dengan sebatan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement