Tujuh kemalangan maut direkod sepanjang 18 hingga 25 Disember

PDRM logo

Oleh Dean Adam

KUCHING, Dis 28: Sebanyak tujuh kes kemalangan maut yang direkodkan di negeri ini sepanjang tempoh 18 hingga 25 Disember lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, jumlah kes yang direkodkan itu menunjukkan peningkatan sebanyak tiga kes berbanding empat kes dalam tempoh sama pasa 2017.


Menurutnya, sementara itu sebanyak 366 kes kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku sepanjang tempoh sama.

“Statistik tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 12 kes iaitu 354 kes yang direkodkan berlaku pada tahun lepas,” katanya di sini hari ini.

Alexson menambah, dalam pada itu, jumlah saman yang dikeluarkan pihak polis kepada para pengguna jalan raya turut meningkat.

Jelasnya, sejumlah 4,328 saman telah dikeluarkan dari 18 hingga 25 Disember lepas, berbanding 4,925 sama dalam tempoh sama pada 2017.

“Sementara itu, polis turut merekodkan sebanyak 625 buah kenderaan telah terlibat dalam kemalangan sepanjang tempoh berkenaan.

“Jumlah yang dicatatkan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 19 buah kenderaan
berbanding 606 buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2017,” ujarnya. – DayakDaily