Tujuh individu cemas, dua kenderaan terlibat kemalangan

Anggota bomba membantu mangsa yang cedera.

Oleh Dean Adam

SARIKEI, Okt 28: Tujuh individu berdepan detik mencemaskan apabila terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bukit Sebangkoi di sini hari ini.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 2.38 petang itu, tiada laporan kemalangan jiwa berlaku, cuma kecederaan ringan sahaja dilaporkan.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mijan Pamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.40 petang.

Katanya, sejurus menerima maklumat kejadian, sepasukan tujuh anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

Kelihatan keadaan kemalangan melibatkan dua kenderaan.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan itu membabitkan kenderaan pacuan empat roda jenis Mazda BT-50 yang membawa 2 penumpang dan Toyota Avanza yang membawa 5 penumpang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada mangsa yang tersepit, namun mereka hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya di sini hari.

Mengulas lanjut, Mijan memberitahu, pasukan bomba kemudian bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera.

Katanya, mereka kemudian dibawa ke Hospital Sarikei untuk rawatan selanjut.

“Operasi menyelamat tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 3.10 pagi,” katanya. — DayakDaily