Tong gas restoran terbakar, seorang pekerja melecur di Kota Samarahan

Anggota bomba memastikan kebakaran padam sepenuhnya.
Advertisement

KOTA SAMARAHAN, 10 Okt: Seorang lelaki warga Indonesia melecur di tangan dan muka dalam kebakaran di sebuah restoran di Desa Ilmu, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.06 malam.

Katanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan tong gas memasak dan bomba terus bertindak memadam api mengunakan satu aliran salur bantu mula.

“Dimaklumkan seorang pekerja kedai telah bertindak awal dengan memadam kebakaran menggunakan satu tabung alat pemadam api jenis debu kering dan seorang pekerja (mangsa) melecur pada tangan dan muka semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS Bomba dan seterusnya dihantar ke hospital.

Pasukan bomba selesai memadam kebakaran pada bahagian corong asap dapur kedai pada jam 8.55 malam.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.05 malam.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily

Advertisement