Toh Puan Raghad sumbang buah kurma untuk Program Drive Thru Ramadan RTM Sarawak

Raghad (empat dari kiri) memberi sumbangan berbentuk buah kurma di Demak Jaya. Foto: Jabatan Penerangan

KUCHING 11 April: Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, telah memberi sumbangan berbentuk buah kurma dalam satu majlis ringkas di Wisma Mahmud, Demak Jaya malam tadi bagi menjayakan program Drive Thru Ramadan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada 12 April kelak.

Mewakili RTM Sarawak dalam menerima sumbangan ini adalah Azmi Ahmad yang mewakili Pengarah RTM dan Ketua Unit Pemasaran, Promosi dan Penyeliaan Iklan, Atikah Mahali.

Di tempat yang sama, Astana Negeri Sarawak turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Isyak dan Solat Sunat Tarawih berjemaah dengan jemputan yang antara lainnya terdiri daripada pihak dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Yayasan Budaya Melayu Sarawak.


Turut hadir dalam majlis ini adalah Naib Canselor Unimas, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Datu Dr Sanib Said. — DayakDaily