TLDM tahan 31 kru dan tekong vesel nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Pasukan TLDM menahan 31 kru dan tekong vesel nelayan Vietnam.
Advertisement

Oleh Dean Adam

KUCHING, Mei 6: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menahan sebuah vesel nelayan warga Vietnam lebih kurang 60 batu nautika utara dari Kuching, semalam.

Bot nelayan bersama 31 kru serta tekong itu telah ditahan oleh Kapal Diraja (KD) TODAK.

Advertisement

Pegawai Memerintah KD TODAK, Lt Kdr Ahmad Zaki Ismail berkata, bot tersebut telah dikesan menceroboh perairan negara dipercayai untuk melaksanakan aktiviti menangkap ikan secara haram.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Kelihatan vesel nelayan Vietnam yang dipercayai menceroboh perairan negara.

“Kesemua kru termasuk vesel tersebut diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari bilang.

Ahmad Zaki menambah, meskipun dalam bulan Ramadhan, kapal-kapal TLDM khususnya di bawah naungan Markas Pemerintahan Armada Timur akan terus melaksanakan rondaan demi memastikan sumber ekonomi negara dilindungi serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara. — DayakDaily

Advertisement