This Content Is Only For Subscribers
BINTULU, 10 Jun: Datuk Seri Tiong King Sing sekali lagi kekal sebagai Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) bagi tempoh 2023 – 2026 susulan tiada pencabar pada Perhimpunan Agung Tri-Tahunan (TGA) PDP hari ini.
Tiong yang menjadi Presiden PDP sejak 2016 juga merupakan Ahli Parlimen (MP) Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kerusi Dudong.
Pada Disember 2022, Tiong telah dilantik sebagai Menteri Pelancongan.
Dalam pada itu, ADUN Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep pula dilantik (tiada pencabar) sebagai Timbalan Presiden PDP yang baharu.
Henry yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan menggantikan tempat Datuk Anthony Nogeh.
Manakala Adun Marudi Datuk Pengguang Manggil dilantik Naib Presiden Kanan I dan Adun Meluan Roland Duat dilantik Naib Presiden Kanan II.
Perhimpunan juga telah melantik MP Baram Dato Anyi Ngau sebagai Setiausaha Agong PDP, menggantikan Datuk Nelson Balang Rining.
Lebih 600 perwakilan dan pemerhati hadir ke Perhimpunan Agung Tri-Tahunan (TGA) PDP di Restoran Dinner World di Bintulu Sentral. — DayakDaily