Tindakkan tegas dikenakan jika tidak patuh pada SOP

Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin. (file photo)

Oleh Cornelius Kadir Edison

PUTRAJAYA, 4 Feb: Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakkan lebih tegas ke atas mana-mana pihak yang melangar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) berkaitan covid-19 yang sedang berkuatkuasa pada ketika ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu pasukan pertugas khas Pemantauan dan penguatkuasaan SOPyang dianggotai pelbagai kementerian dan agensi bagi memantau pematuhan SOP berkaitan.


Menurut beliau sehingga semalam pasukan pertugas khas dari Kementerian Perdaganagn Antarabangsa dan Industri (MITI) telah melaksanakan tinjauan lawatan di 2,276 premis kilang dan bukan kilang di seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 197 premis telah diberikan teguran dan 34 diarahkan tutup kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan kompaun ke atas 82,141 individu dan membuat 31,740 tangkapan atas pelbagai kesalahan,” katanya pada perutusan khas Penjelasan Terkini Proklamasi Darurat dan Kemasyuran Ordinan Darurat Dalam Mengurus Pandemik Covid-19.

Beliau berkata penekanan pematuhan SOP diberikan bagi kawasan industri dan tempat kerja kerana jangkitan Covid-19 dalam gelombang ketiga ini banyak berlaku di persekitaran tempat kerja.

Katanya, data terkini menunjukkan sebanyak 59 peratus kes positif jangkitan harian Covid-19 yang dilaporkan berlaku di tempat kerja, manakala pusat tahanan (19 peratus) kediaman (14 peratus), rumah ibadat atau aktiviti keagamaan (4 peratus) dan masing-masing 2 peratus lagi merupakan kes import serta kumpulan berisiko.

“Majikan jangan paksa perkerja yang sedang menjalani kuarantin untuk datang berkerja kerana ini akan membahayakan semua orang kerana jangkitan boleh berlaku sekiranya perkerja terbabit didapati positif jangkitan Covid-19,” katanya.

Muhyiddin berkata walaupun melaksanakan ‘total lockdown’ merupakan langkah terbaik bagi melandaikan rantaian jangkitan Covid-19 seperti sebelum ini namun ianya pasti akan meninggalkan kesan negatif terhadap ekonomi rakyat dan kehidupan rakyat di negara ini.

Katanya, kerajaan perlu mencari kaeadah yang berimbang iaitu memastikan kehidupan dan ekonomi terus terjamin selain nyawa rakyat di negara ini dapat dilindungi.

“Kaedah terbaik pada masa ini ialah membenarkan sektor-sektor ekonomi perlu untuk terus beroperasi dan pada masa sama melaksanakan SOP yang ketat untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang sudah berada di tempat kerja, di kawasan kediaman dan didalam komuniti kita,” katanya. — DayakDaily