Tindakan pantas bomba selamat rumah daripada musnah terbakar

Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran.
IBRACO WEBSITEI

Oleh Dean Adam

SERIAN, Mei 5: Tindakan pantas pasukan bomba melakukan operasi memadam kebakaran berjaya menyelamatkan sebuah rumah di Kampung Seroban di sini dari musnah terbakar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu, rumah satu tingkat jenis kekal telah terjejas kira-kira 30 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 10.11 pagi.

Jelasnya, sejurus itu sepasukan tujuh anggota bomba dari BBP Serian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Apabila tiba, komander operasi melaporkan kebakaran itu melibatkan sebuah bilik di dalam rumah berkenaan.

“Pasukan bomba terus melakukan operasi memadam bagi memastikan api tidak merebak ke bahagian lain,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Katanya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

“Operasi berkenaan ditamatkan pada pukul 11 pagi,” katanya. — DayakDaily