Timbalan Premier rasmi Hub Inovasi Teknologi Unimas

Dr Sim (tiga dari kiri) menyaksikan pertukaran dokumen antara Wan Hashim (dua dari kiri) dan Gan.

Oleh Chris Bishop

KOTA SAMARAHAN, 18 Okt: Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian hari ini merasmikan Hub Inovasi Teknologi (InnoTech Hub) di Kampus Alam Bina, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yakin hub tersebut akan membantu usaha transformasi digital dan inovasi yang menyokong Strategi Ekonomi Digital Sarawak.


“Kewujudan InnoTech Hub ini bersesuaian dengan inisiatif meningkatkan keupayaan kajian dan pembangunan di Sarawak.

“Manakala Institut Penyelidikan Unimas pula akan memainkan peranan untuk mengkomersialkan hasil kajian,” katanya di dalam ucapan perasmian.

Tambah Dr Sim, InnoTech Hub bakal memastikan masyarakat memperoleh manfaat daripada digital ekonomi.

Katanya, ia juga menyediakan kepakaran digital yang akan meningkatkan produktiviti di semua sektor ekonomi.

Di majlis itu, Dr Sim turut menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman di antara Unimas dan UKISS Technology.

Unimas di wakili Timbalan Naib Canselor (Kajian dan Inovasi) Professor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim manakala UKISS Technology di wakili Ketua Pegawai Eksekutif James Gan. — DayakDaily