Tiga sekolah rendah ditutup akibat banjir

Keadaan banjir di SK Beliau Ahad di Subis.

KUCHING, Jan 2: Tiga buah sekolah rendah di Sarawak ditutup pada sesi persekolahan pertama hari ini akibat banjir susulan hujan lebat berterusan yang berlaku semalam.

Tiga sekolah tersebut yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Uma Sambop di Belaga, SK Beliau Ahad dan SK Rh Essau di Subis.

Keadaan banjir di SK Beliau Ahad di Subis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan berkata, penutupan tiga sekolah itu melibatkan seramai 330 murid, 38 guru dan 14 staf sokongan sekolah.


Jelas kenyataan sama, seramai 158 murid dari SK Uma Sambop, 117 murid dari SK Beliau Ahad dan 55 murid dari SK Rh Essau terjejas akibat kejadian itu.

“Kesemua sekolah berkenaan akan dibuka semula untuk sesi persekolahan selepas situasi pulih seperti biasa,” kata JPBNS hari ini. — DayakDaily