Tiga sekawan disyaki curi dua bateri lori dicekup polis di Miri

Ketiga tiga suspek (barisan depan, berdiri tiga, empat dan lima dari kiri) ditahan polis untuk tindakan lanjut.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 23 Ogos: Tiga sekawan dipercayai hanya sempat menikmati hasil daripada dua biji bateri lori yang dicuri kurang 48 jam selepas melakukan jenayah terbabit apabila mereka dicekup polis untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari, ketiga-tiga suspek, ditahan di sebuah rumah di Jalan Kuching Timur 3, Taman Tunku pada malam Sabtu (21 Ogos) oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri susulan laporan daripada mangsa.

Advertisement

Kesemua suspek yang masing-masing berusia 27, 32 dan 45 tahun ditahan sekitar jam 10.50 malam, ujarnya.

Suspek ketiga merupakam warga negara Filipina, manakala dua lagi adalah warga tempatan.

Kejadian dilaporkan pada 18 Ogos awal pagi, sekitar jam 5.30 pagi. Seorang pemandu lori berusia 57 tahun menyedari dua biji bateri telah dilarikan dari sebuah lori yang diparkirkan dihadapan rumahnya di Lorong Baleh Taman Tunku.

Kerugian dianggarkan sekitar RM800.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A (2) kerana mencuri komponen motor dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. ā€” DayakDaily

Advertisement