Tiga rumah diserbu, rokok dan arak seludup bernilai hampir RM4 juta dirampas di Miri

Saini (tengah) dalam sidang media hari ini (27 Julai 2021) di PGA Miri. Turut hadir Uchong (kiri).
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 27 Julai: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak bersama Batalion 12 Miri merampas pelbagai jenis minuman keras diseludup yang disorok dalam tiga buah rumah di bandaraya Miri bernilai hampir RM4 juta susulan serbuan di sini semalam.

Ops Kontraban oleh pasukan khas perisikan PGA Sarawak bersama Batalion 12 PGA Miri bermula pada jam 11 pagi itu berakhir sekitar 1 petang, dan turut menahan tiga lelaki warga tempatan berusia sekitar 24 sehingga 44 tahun.

Advertisement

Hasil pemeriksaan menemui 21,850 karton rokok putih, 2,680 karton rokok kretek dan 58 kotak minuman keras berbagai jenama bersamaan 513 liter.

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Saini Bongkek berkata, operasi susulan hasil risikan yang dilakukan dan maklumat orang awam.

Rampasan membabitkan pelbagai jenis minuman keras seludup dipercayai untuk diedarkan di bandar ini, ujarnya.

“Anggaran rampasan berjumlah RM4,002,400.00 termasuk cukai, merangkumi nilai rampasan rokok RM3,881,020.00 dan RM71,380.00 minuman keras dan RM50,000 sebuah kenderaan jenis van,” jelas Saini dalam satu sidang media di sini hari ini.

Saini menyifatkan tangkapan tersebut adalah yang terbesar setakat ini di Bandaraya Miri untuk tahun 2021.

Turut hadir adalah pegawai pemerintah Batalion 12 PGA Miri yang baru Supt Uchong Sigan.

Uchong mengantikan Supt Tan Hiap Seng yang bersara wajib hari ini.

Kes disiasat memgikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Ketiga-tiga suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. — DayakDaily

Advertisement