Tiga lelaki disyaki penagih dadah di Kg Segong ditangkap

Ketiga-tiga suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

BAU, 7 Dis: Tiga lelaki ditangkap disyaki terlibat aktiviti pengambilan dadah dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Segong, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata seorang suspek berusia 40 dan dua lagi masing-masing berusia 27 tahun.

Katanya, mereka ditangkap oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Bau.

Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke pejabat BSJN IPD Bau dan hasil saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Selain itu, dua daripada suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. ā€” DayakDaily