Tiga individu nyaris maut, kereta dinaiki terhumban dalam parit

Kelihatan keadaan sebuah kereta yang terbalik.
Advertisement

Oleh Dean Adam

SIBU, Dis 15: Tiga individu nyaris maut selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum terhumban masuk ke dalam parit di KM21, Jalan Tanjung Manis-Sibu, di sini hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Advertisement

Jurucakap bomba dan penyelamat Sarawak berkata ketiga-tiga mangsa berusia antara 20 hingga 31 tahun tersebut berjaya keluar menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam kenderaan tersebut.

Tindakan pantas itu berjaya mengelak mereka daripada insiden mati lemas akibat terperangkap dalam kereta.

Pasukan bomba memantau keadaan di lokasi kemalangan.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian kemudian mendapati kereta yang dinaiki mangsa dalam keadaan terbalik di dalam sebuah parit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri apabila,” katanya di sini hari ini

Jurucakap sama memberitahu, pasukan bomba kemudian memberikan rawatan awal kepada kesemua mangsa.

“Operasi ditamatkan selepas keadaan di lokasi kejadian terkawal,” katanya. — DayakDaily

Advertisement