Tiga ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Sibu

Keadaan api yang marak memusnahkan keseluruhan rumah tersebut.

SIBU, 1 Mac: Sekurang-kurangnya tiga mangsa telah ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Bahagian Jaya, Jalan Burung Beliris, di sini hari ini.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak Tiong Ling Hii yang turut memberitahu operasi memadam kebakaran tersebut masih dijalankan setakat jam 9.50 malam tadi.

Jelasnya, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu masih berusaha mengesan mangsa yang terlibat.


“Tiga mangsa telah ditemui rentung dalam insiden ini” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya juga, perkembangan kes akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Kebakaran tersebut dilaporkan berlaku pada jam 8.12 malam tadi melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal. — DayakDaily