Tiga dipercayai rentung dalam kebakaran di Kg Gita

Tiga dipercayai rentung dalam satu kebakaran di Kampung Gita.

KUCHING, 13 Nov: Tiga orang dipercayai rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Gita hari ini.

Difahamkan kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis dua tingkat yang dilaporkan terbakar sekitar jam 7.03 malam tadi.

Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan diterima.

Sehingga jam 9.16 malam tadi, dilaporkan tiga mangsa yang rentung ialah seorang lelaki berusia 69 bersama anak perempuannya dan seorang anak saudaranya yang masing-masing berusia 22 dan 35 tahun.

Bomba masih beroperasi memadam kebakaran ketika berita ini ditulis dan belum ada pengesahan mengenai identiti mangsa yang rentung. — DayakDaily