Tiga remaja dikhuatiri lemas di Nanga Tutus Igan

Anggota bomba membuat persediaan untuk operasi 'search and rescue' (SAR).

Oleh Dean Adam

SIBU, Mei 29: Tiga dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Nanga Tutus Igan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Trance Gong, 14, Trisha Janggok, 12, dan Nurul Syahiera Salam, 13.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.10 petang.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari BBP Sungai Merah kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

Katanya, berdasarkan laporan awal, dua perempuan dan seorang lelaki dilaporkan lemas.

“Bagaimanapun, setakat pukul 7 malam tadi, ketiga-tiga mangsa masih gagal ditemui.

“Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya di sini hari ini. — DayakDaily