This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 21 Ogos: Kejuaraan bina badan Kuching South City Classic 2023 semalam menyaksikan Abdul Ramzi Bujang dan abang beliau Azmizi Bujang mengungguli kategori Sports Physique dan Athletic Physique.
Diadakan di Pentas Tasik Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, adik bongsu mereka Mohd Nurrazmi Bujang juga meraih pingat gangsa dalam kategori Athletic Physique, di mana naib juara adalah Daubline Timbol.
Menduduki tempat kedua dan ketiga dalam kategori Sports Physique adalah Aflisahyir Ali dan Mohd Shabli Tuah.
Dua kategori ini adalah antara empat yang dipertandingkan dalam kejuaraan ini, anjuran MBKS dengan kerjasama Persatuan Bina Badan Bahagian Kuching (SBBA) dan Persatuan Bina Badan Bahagian Kuching (KDBBA).
Ia diadakan bersempena Pesta Kuching 2023, yang melabuhkan tirainya pada Ahad, 20 Ogos, setelah berlangsung selama hampir sebulan.
Kejuaraan ini juga mempersembahkan satu kategori wanita, iaitu Women’s Fitness Model, yang dimenangi oleh Lily Nur Izzaty Ahmad, diikuti Kasma Mo dan Ong Shih Ling masingmasing di tempat kedua dan ketiga.
Kategori Bina Badan Lelaki merupakan segmen terakhir pertandingan ini, di mana Mohd Afif Jamal dinobat juara, dengan Farrokh Ibtisam Ting Abdullah dan Gerdashlie Bodos masing-masing diumum naib juara dan tempat ketiga.
Seramai 26 atlet bina badan menyertai kejuaraan ini. — DayakDaily