This Content Is Only For Subscribers
MIRI, 6 Julai: Seorang wanita antara tiga ditahan polis Miri dalam satu operasi dinamakan ‘Op Vulture’ baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, kesemua suspek berusia antara 30 sehingga 47 tahun dipercayai sindiket ‘Ah Long’ bergiat aktif dalam kegiatan pinjaman tanpa lesen di Miri sejak Mei 2023.
“Semasa operasi tersebut, pihak polis turut merampas kenderaan dan barang-barang yang berkaitan dalam kegiatan pinjaman tanpa lesen dan perbuatan simbah cat,” ujar Alexson.
Tangkapan dan siasatan dijalankan di bawah peruntukan Seksyen 5(2) Akta Pinjaman wang tanpa lesen 1951 (Akta 400) jika disabitkan boleh dihukum denda tidal lebih RM250,000 dan tidak lebih daripada RM1juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Seksuen 507 Kanun Keseksaan (Akta 574) jika disabitkan boleh dihukum penjara tidak lebih 2 tahun atau denda atau kedua-duannya.
Ketiga-tiga suspek direman pada 5 Julai dan permohonan telah diluluska selama tiga hari oleh Mahkamah Miri. — DayakDaily