Tidak baik PKR terlibat dalam pilihanraya negeri – Abdul Karim

Abdul Karim Rahman Hamzah
Advertisement

KUCHING, 30 Julai: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berpendapat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya terlibat dalam pilihanraya negeri akan datang.

“Kalau kita lihat pada pilihanraya yang lepas, PKR gagal mencapai kemenangan.

“Maka tidak berbaloi, lagipun di peringkat pusat kita sudah menubuhkan kerajaan perpaduan bersama.

Advertisement

“Jadi kalau dalam kerajaan perpaduan kita bersama, janganlah dalam pilihanraya semangat itu tak ada lagi,” katanya pada satu sidang media di Kuching hari ini.

Jelas Abdul Karim lagi, sudah dibuktikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguasai majoriti daripada keseluruhan 82 kerusi dewan undangan negeri.

“Hanya dua kerusi sahaja dimiliki pembangkang, iaitu kedua-duanya DAP, tiada PKR,” ujar Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Sarawak dijangka mengadakan Pilihanraya Negeri pada tahun 2027. — DayakDaily

Advertisement