Tiada istilah pedalaman bila jalan Miri-Limbang siap — Premier Sarawak

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 15 Okt: Tiada istilah pedalaman apabila Jalan Miri-Marudi-Long Terawan-Gunung Buda-Limbang dihubungkan dengan jalanraya, tegas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, kerajaan kini sedang membina infrastruktur di laluan tersebut yang melibatkan penyediaan bekalan elektrik dan air.

Advertisement

“Kita bangunkan jalan dari Miri menerusi Brunei terus ke Limbang dan Lawas yang kualitinya tinggi.

“Ini untuk kawasan utara dimana kos ya berbilion,” katanya dalam ucapan di Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 2023 Zon Utara di Dewan Suarah Bintulu hari ini.

Tambah Abang Johari, Bahagian Miri dihubungkan ke Baram dengan Jambatan Marudi yang dijadualkan siap tahun depan.

Katanya, jalan baharu akan dibina bagi menghubungkan Marudi ke Long Terawan menerusi Long Lama.

“Ini dibiayai oleh Kerajaan Sarawak walaupun kos ya berbilion.

“Long Terawan akan dihubung dengan jalan yang akan menuju ke arah Gunung Buda di Limbang.

“Maknanya Miri-Marudi-Long Terawan-Gunung Buda ke Limbang,” kata Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement