Terus berpandangan positif berdepan cabaran perniagaan — Penguang

Dr Penguang (enam dari kiri) merasmikan Majlis Ulang Tahun Ke-18 Konsortium Bumi.
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 8 Julai: Usahawan Bumiputera diseru terus berpandangan positif ketika berdepan segala masalah dalam perniagaan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil berkata, cabaran itu seharusnya menjadi motivasi untuk terus memajukan syarikat.

Advertisement

“Para peniaga hendaklah bekerja dengan lebih keras, lakukan yang terbaik pada setiap pekerjaan atau perniagaan,” kata Penguang.

Beliau berkata demikian di Majlis Ulang Tahun Ke-18 Konsortium Bumi Consultants and Services Sdn Bhd di Kuching malam tadi.

Jelas beliau, untuk berjaya usahawan Bumiputera harus berusaha mengukuhkan kedudukan ekonomi dan mencapai sasaran perniagaan.

Selain itu, tambah Penguang, sikap kebergantungan kepada kerajaan perlu dihapuskan agar usahawan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. — DayakDaily

Advertisement