Tertusuk besi di tapak tangan

Pasukan Bomba memotong besi yang tertusuk di tangan mangsa.
Advertisement

KUCHING, 23 Dis: Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Betong apabila tapak tangannya tertusuk besi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk bantuan memotong besi tersebut sekitar jam 11.30 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba Betong terus bergerak ke lokasi selepas laporan diterima.

Advertisement

“Setibanya di lokasi, didapati benar kejadian yang dilaporkan dan pasukan Bomba bertindak memotong besi tertusuk di tangan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan Bomba kemudian bertolak balik ke balai selepas itu. ā€” DayakDaily

Advertisement