Terpedaya tawaran murah bir dan rokok, seorang lelaki di Miri kerugian RM320,000

PDRM logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 27 Mei: Harapan seorang lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat swasta di sini untuk membeli bir dan rokok pada harga yang murah tidak sampaian selepas ditipu sehingga kerugian RM320,000 baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan media lewat petang ini, berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada mangaa berusia 49 tahun itu semalam (Jumaat).


“Mangsa telah melakukan transaksi sebanyak 16 kali ke dalam satu akaun bank dalam tempoh lima hari sejak 19 Mei yang lalu,” ujarnya.

Alexson berkata, mangsa telah berhubung dengan suspek melalui telefon dan aplikasi WhatAspp bagi urusan jualan arak dan bir.

“Suspek pada mulanya mengaku kenalan lamanya sebelum menawarkan bir dan rokok yang hampir tamat tempoh pada harga yang murah kepada mangsa,” Alexson berkata.

Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. — DayakDaily