Terlepas panggilan temu duga amat menyedihkan – Liwan

Datuk Liwan Lagang

KUCHING, 18 Feb: Terlepas panggilan temu duga kerana masalah telekomunikasi amat menyedihkan, kata Timbalan Menteri Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang.

Justeru katanya, Kerajaan Sarawak berusaha agar setiap pelosok Sarawak dilengkapi dengan jaringan telekomunikasi.

“Kita tidak mahu ada pelajar terlepas peperiksaan awam atas talian atau belia yang terlepas panggilan temu duga kerana masalah Internet kerana perkara berkenaan amat menyedihkan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat mengenai rangkaian telekomunikasi di Daerah Belaga di Pejabat Daerah Belaga pada Khamis lepas.

Bagi mencapai sasaran, Liwan yang juga Adun Belaga berharap pihak yang membina kemudahan telekomunikasi ini untuk turun padang.

Katanya, mereka harus mengetahui sendiri keadaan di lapangan dan bukan hanya melalui desktop sahaja.

“Kita bangunkan kerjasama dengan pejabat residen, pejabat daerah atau pusat khidmat bagi penyediaan data lebih tepat,” ujar Liwan. — DayakDaily