Terkejut jumpa ular sawa sepanjang 5m dalam bonet kereta

Ular sawa sepanjang lima meter itu telah ditemui berlinkar di dalam bonet enjin pengadu.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 14 Sept: Pemilik kereta berusia 60 tahun dari Kampung Merikan, Jalan Gerinit Lutong awal pagi ini terkejut apabila mendapati seekor ular sawa berukuran lima meter panjang berlinkar dalan bonet enjin miliknya.

Menurut pengadu, dalam kejadian 5 pagi itu, sebelum penemuan itu, jiran sebelah rumahnya ada terlihat sesuatu menyusur masuk ke dalam bonet kereta yang parkir di tepi rumahnya.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri, Kaptain (PA) Usman Harto berkata, lelaki terbabit membuka bonet depan keretanya selepas dimaklumkan oleh jirannya mengenai ‘objek’ yang menyusur masuk itu.

“Pengadu terus menghubungi pihak kita untuk bantuan mengeluarkan reptilia tersebut pada jam 8.17 pagi,” ujar Usman.

Dua anggota APM Miri tiba di lokasi dan berjaya mengeluarkan reptila tersebut selepas bergelut 20 minit.

Dipercayai reptilia tersebut telah sesat sebelum menyelinap masuk ke dalam bonet enjin kereta mangsa. — DayakDaily