Tentera adakan gotong-royong bersih persekitaran Tasik Biru

Pihak tentera sedang melaksanakan pembersihan sekitar kawasan Tasik Biru.

BAU: Mengeratkan lagi hubungan pihak tentera dengan masyarakat, Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja (10RRD) dan Batalion Kesepuluh Rejimen Sempadan (10RS) serta wakil-wakil daripada agensi-agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah melaksanakan aktiviti gotong -royong membersihkan kawasan sekitar Tasik Biru.

Bagi melengkapkan cogan kata Briged Ketiga Infantri Malaysia iaitu ‘Pengorbanan Keunggulan’, kunjungan murni ini bertujuan memberi khidmat bakti kepada warga luar bandar Bau khususnya Tasik Biru agar dapat menikmati suasana persekitaran yang sihat serta bersih daripada ancaman penyakit yang tidak diingini.

Program ini juga bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim dan antara penduduk Bau dan Tasik Biru dengan agensi-agensi kerajaan, swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO).


Majlis perasmian program itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru,Datuk Henry Harry Jenip.

Henry berbangga dengan penyertaan setiap agensi kerajaan, swasta dan NGO dalam program itu dan berhasrat agar program seperti itu diteruskan dari semasa ke semasa.