Tenis Sarawak rangkul satu lagi pingat perak

Wee-Lydia meraih pingat perak Sukma 2024.
Advertisement

KUCHING, 22 Ogos: Pasukan tenis Sarawak meraih satu lagi pingat perak menerusi beregu campuran pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 ini.

Pasangan Shieng Wee Hii dan Lydia Liong tewas di perlawanan penentuan emas di Kompleks SLTA sebentar tadi.

Wee-Lydia tewas 4-6, 2-6 kepada pasangan Perak Mitsuki Leong-Shihumi Leong.

Advertisement

Manakala pingat gangsa milik Selangor menerusi gandingan Hayden Khoo Menon-Jo Lee Saw.

Dengan kejayaan ini, Lydia berjaya memperolehi 2 pingat perak dalam temasya kali ini.

Perak pertama beliau diperolehi menerusi gandingan bersama Hui Yii Soo dalam acara beregu wanita.

Pada Temasya Sukma 2024, acara tenis menwarkan sebanyak enam pingat emas. ā€” DayakDaily

Advertisement