TDM bersama TNI-AD laksanakan PATKOR

Tentera Darat Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat yang terlibat dalam PATKOR merakamkan kenangan bersama di Pos Gabma Sajingan, Aruk di Kalimantan.
Advertisement

KUCHING, 21 Ogos: Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) mengadakan Patroli Terkordinasi (PATKOR) mulai 21 hingga 30 Ogos ini.

TDM diwakili Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja manakala TNI-AD diwakili Kesatuan Penugasan Batalion Infantri 645/Ghardatama Yudha.

PATKOR merupakan aktiviti yang dirangka untuk meningkatkan komunikasi dan koordinasi serta menghindarkan terjadinya salah faham mahupun provokasi antara pasukan dari kedua-dua negara yang sedang menjalankan tugas di perbatasan Sarawak dan Kalimantan Barat.

Advertisement

Ia hasil mesyuarat Pemerintah Siri 1/2022 pada 2 Ogos 2022 dan pengaktifan semula pos gabungan bersama antara TDM dan TNI-AD pada 15 Ogos di tiga pos iaitu Biawak, Tebedu dan Lubok Antu.

PATKOR melibatkan aktiviti rondaan selama 6 hari mulai 21 hingga 26 Ogos yang merangkumi kawasan sempadan sepanjang 20 hingga 30 km mulai Baru Sempadan 346 hingga E91.

Manakala Post Mortem Rondaan akan diadakan pada 27 Ogos disusuli dengan aktiviti sukan pada 28 hingga 29 Ogos.

Acara penutup akan diadakan pada 30 Ogos di Pos Gabungan Bersama (Gabma) Biawak. — DayakDaily

Advertisement