Tapak sampah terbakar, operasi pemadaman dilakukan 24 jam

Operasi pemadaman api di tapak pelupusan sampah.
Advertisement

Oleh Dean Adam

BINTULU, Mei 14: Operasi memadam kebakaran seluas kira-kira 1 hektar di tapak pelupusan sampah di Tanjung Kidurong masih dilakukan, setakat ini.

Operasi memadam yang memasuki hari keenam beroperasi selama 24 jam itu dilakukan selepas mesyuarat pegawai operasi dan pejabat Residen Bintulu.

Advertisement

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi berkenaan melibatkan pasukan bomba, Bintulu Development Authority dan Trienekens.

Katanya, keluasan tapak pelupusan sampah yang terbakar adalah kira-kira 1 hektar yang melibatkan ketinggian 40 meter timbunan sampah.

Operasi pemadaman api di tapak pelupusan sampah.

“Setelah diputuskan dalam Mesyuarat Pegawai Residen Bintulu bersama Pegawai Operasi pada Mei 13, 2019, operasi pemadaman akan beroperasi selama 24 jam sehingga selesai.

“Operasi pemadaman sampah ini bersambung dari syif siang hingga ke malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jurucakap sama menambah, operasi pemadaman itu menggunakan dua pancutan air, dua aliran 200 kaki melalui pam angkut yang disambungkan melalui air tangki jentera ‘prime mover’. — DayakDaily

Advertisement