Tanjakan feri akan dibina di Pengkalan Feri Sedaya

Anyi hadir ke perasmian projek Rumah Baharu Suring di Ngemah. Foto: Ukas

KUCHING, 5 Feb: Pembinaan tanjakan feri di Pengkalan Feri Sedaya akan diberi perhatian utama kerajaan Sarawak.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ngemah Anyi Jana berkata dua buah tiang dari arah Pekan Kanowit dan dua buah tiang dari arah Sedaya akan dibina.

“Perbincangan telah diadakan dengan Adun Machan Allan Siden Gramong bagi menyelesaikan isu Pengkalan Feri Sedaya yang sering dibangkitkan oleh orang ramai


“Kos keseluruhan bagi membina empat buah tiang tersebut berjumlah RM360,000 iaitu RM90,000 bagi satu tiang,” katanya di majlis pecah tanah projek Rumah Suring semalam.

Dana sebanyak RM300,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Ngemah Tahun 2022 telah diperuntukkan untuk projek tersebut. — DayakDaily