Tangkapan udang senik dari Sg Sabang menjadi punca pendapatan

Apun Kipli, 28, menunjukkan udang punuk atau senik dipukatnya dari Sungai Sabang.
Advertisement

KUCHING, Jun 10: Udang kecil yang dikenali penduduk tempatan sebagai punuk atau senik kini boleh diperolehi dengan banyak dari Sungai Sabang di Kota Samarahan di sini.

Ini menjadi sumber pendapatan kepada Apun Kipli, 28, dari Kampung Melayu yang memukat dan kemudian menjual jual udang tersebut di pusat penjaja simpang kampung terbabit di sini.

“Udang punuk atau senik ini ditangkap saya mengunakan pukat pada sebelah pagi ketika air surut di tengah sungai. Kemudian terus saya jual di pusat penjaja di sini bagi memastikan udang terbabit masih segar dan tidak mengunakan ais,” katanya ketika ditemui hari ini.

Advertisement

Apun berkata ketika ini udang itu dijualnya pada harga RM6 sekilogram dan kebiasaanya beliau boleh menjual antara lapan hingga sembilan kilogram udang terbabit setiap hari dan memberi pendapatan sekitar RM70 hingga RM80 sehari kepadanya.

“Bukan sahaja orang ramai boleh membeli udang terbabit di pusat penjaja ini, malahan mereka boleh menempah udang itu dari saya sekiranya mereka mahu bekalan udang yang banyak,”katanya.

Katanya udang punuk atau senik biasanya dijadikan hidangan umai dan boleh dimasak rebus dan goreng sebagai lauk. Mereka yang mahu menempah undang boleh menghubunginya di talian 016-8162047. — DayakDaily

Advertisement