Tanah runtuh di Kanowit, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Anggota Bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KANOWIT, 7 Nov: Berlaku kejadian tanah runtuh berdekatan Rumah Jepriten Sungai Bejait, Jalan Tada, di sini lewat malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 11.55 malam dan anggota dari Balai Bomba Kanowit terus ke lokasi kejadian.

“Anggota kita tiba pada jam 12.38 tengah malam dan mendapati benar berlaku tanah susur yang melibatkan bahagian belakang rumah.


“Pasukan Bomba membuat pemantauan, memasang sawar-sawar dan menasihati agar penghuni sentiasa berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan Bomba kemudian beredar setelah memastikan keadaan benar-benar selamat.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.10 pagi. — DayakDaily