Tambahan 4 unit bas elektrik untuk Sarawak pada 2020

File photo of public buses arrive at a pick up point in the city centre.

Chris Bishop

KUCHING, NOVEMBER 11:  Kerajaan Sarawak telah meluluskan tambahan 4 unit lagi bas elektrik pada tahun 2020.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata operasi bas elektrik itu akan melalui 54 perhentian di sepanjang laluan dari Komplek Dewan Undangan Negeri Baharu ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh.


“Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada pelawat dan mereka boleh mengunakannya ke pelbagai tempat menarik di sepanjang laluan,’ katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan di Persidangan Dewan Undangan Negeri(DUN) hari ini.

Tambah Abdul Karim, laluan bas elektrik itu adalah Lapangan Terbang Anatarabangasa Kuching, kawasan warisan Bandaraya Kuching, hotel-hotel utama, pusat perubatan, institusi pendidikan, pusat beli belah dan terminal bas Kuching.

Katanya, operasi bas elektrik yang pertama di negeri ini telah bermula pada 1 Mac 2019 lepas.

Operasi pertama melalui 26 perhentian di sepanjang laluan dari Komplek Mahkamah Lama Kuching ke ICOM Square.

Sebagai Permulaan, bas tersebut menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada penduduk tempatan dan pelancong selama 3 bulan. — DayakDaily