Taib hadiri Mesyuarat Raja-Raja

Taib (dua dari kiri) dan Awang Tengah (kiri) menghadiri Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

KUCHING, 24 Nov: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pagi ini hadir mengiringi Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang menghadiri Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Mesyuarat pada hari pertama telah dipengerusikan oleh Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Sultan Sallehuddin berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama sebelum mesyuarat dimulakan.

Mesyuarat yang diadakan di Istana Negara tersebut diadakan selama dua hari dan akan berakhir pada 25 Nov. — DayakDaily