Taib: Amalkan tradisi pemberian duit raya secara atas talian

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

KUCHING, 12 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyeru tradisi pemberian duit raya pada sambutan Aidilfitri tahun ini diteruskan secara atas talian.

Katanya, ia boleh dibuat melalui aplikasi e-wallet yang menawarkan kemudahan pemindahan duit tanpa tunai seperti Sarawak Pay, Boost, GrabPay dan lain-lain lagi.

ā€œKelainan ini bukanlah untuk mengubah tradisi menyambut hari kemenangan umat Islam yang perlu disambut secara sederhana.


ā€œNamun keadaaan ini perlu diakui sebagai menzahirkan kesyukuran agar Hari Raya dapat disambut setiap tahun tetapi nyawa yang pergi tidak dapat diganti,” katanya pada Perutusan Khas yang dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS) hari ini.

Taib turut menyeru agar rakyat Sarawak seperti tahun lepas untuk menyambut perayaan hari raya dengan norma baharu untuk mengekang penularan virus Covid-19.

Setakat ini katanya, Malaysia telah merekodkan lebih 400,000 kes dengan kematian melebihi 1,500 orang.

ā€œBaru-baru ini kita juga telah mengenalpasti varian baharu Covid-19 dari India yang berpotensi untuk membahayakan nyawa rakyat.

ā€œOleh sebab itu kerajaan harus melaksanakan kawalan pergerakan di pelbagai peringkat untuk mengekang penularan virus.

ā€œRakyat harus akur kepada garis panduan dan kurangkan aktiviti sosial di peringkat komuniti yang boleh membawa kepada kluster baharu semasa musin hari raya,ā€ ujar Taib.

Pada perutusan itu, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Sarawak yang beragama Islam .

Taib juga memberikan ucapan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang sentiasa ikhlas dan tanpa putus asa dalam menjalankan tugas mereka untuk menghentikan virus Covid-19.

ā€œSaya percaya kita akan menang dalam pertempuran menentang Covid-9,” kata Taib. ā€” DayakDaily