Taekwondo Malaysia: Kembalikan status Sukan Taekwondo ke Sukan Teras

Azizul Annuar Adenan

KUCHING, 24 Mei: Taekwondo Malaysia (WTF) mengharapkan status sukan Taekwondo yang telah disingkirkan dari senarai sukan teras dikaji semula.

Menurut presidennya Azizul Annuar Adenan, ini ekoran pencapaian atlet-alet Taekwondo yang telah mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam Kejohanan Taekwondo Poomsae Dunia di Goyang, Korea Selatan pada bulan Mei 2022 ini.

“Atlet kita telah meraih satu perak dan dua gangsa, justeru mencipta sejarah baru untuk Malaysia dalam Sukan Taekwondo Poomsae.


“Tidak ketinggalan pula, semasa Sukan Asia Tenggara di Hanoi baru-baru ini pasukan Taekwondo dengan jumlah atlet seramai sembilan orang telah berjaya mencapai satu pingat emas, satu pingat perak, dan tiga pingat gangsa.

“Menurut rekod, pencapaian pingat emas dalam Sukan Taekwondo Kyorugi merupakan pingat emas pertama diluar Malaysia sejak 17 tahun yang lepas,” katanya Azizul dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau berharap agar Menteri Belia dan Sukan (KBS) membantu menilai semula keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam pengguguran Sukan Taekwondo daripada senarai sukan teras.

Katanya, status taekwondo harus kembali ke sukan teras. — DayakDaily