Tabung Darah HUS buka terima derma pada hari kedua Hari Raya Aidilfitri

Pengunaan bekalan di HUS yang disiarkan melalui laman Facebook, Blood Bank Hospital Umum Sarawak.

KUCHING, Jun 5: Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) akan dibuka bagi menerima orang ramai yang mahu menderma darah pada Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua mulai jam 8 pagi hingga 1 petang esok.

Sehubungan itu tabung darah itu berharap orang ramai yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri menderma darah dan menambah kembali bekalan darah bagi kegunaan kecemasan di HUS.

Tabung darah itu membuat pengumuman ini melalui laman Facebooknya Blood Bank Hospital Umum Sarawak hari ini.


Disamping itu, Tabung Darah HUS juga mempelawa orang ramai menyertai dua kempen derma darahnya di bandar raya ini iaitu di Emart Batu Kawa pada Sabtu dan Chin Kwong Methodist Church pada Ahad depan.

Kempen tersebut di Emart Batu Kawa dianjurkan Persatuan Penderma Darah Sarawak (PPDS) pada Hari Raya Aidilfitri Hari Keempat (Jun 8) depan dari jam 10 pagi sehingga 3 petang.

Manakala kempen di Chin Kwong Methodist Church, Jalan Noakes, dianjurkan gereja terbabit pada Hari Raya Aidilfitri Hari Kelima (Jun 9) dari jam 9 pagi sehingga 1 petang. — DayakDaily