Tabung Baitulmal Sarawak serah bantuan kewangan RM149,640 kepada asnaf

Mohd Sibli ketika berucap di Majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf.

KUCHING, 10 April: Tabung Baitulmal Sarawak hari ini menyerahkan bantuan kewangan berjumlah RM149,640 kepada 650 orang penerima serta 23 buah Pusat Tahfiz dan Sekolah Agama Bantuan.

Bantuan diserahkan di Majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf yang diadakan di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim di sini.

Pengurus Besar TBS Dato Abang Mohd Sibli berkata, ia bertujuan bagi meringankan bebanan semasa bulan Ramadan dan persediaan untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.


“Setakat 31 Mac 2023, sebanyak RM22.7 juta hasil agihan Zakat telah diagihkan kepada golongan asnaf.

“Ia melalui empat program utamanya iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah,” kata Mohd Sibli. — DayakDaily