Oleh Brad Rantayy
MIRI, 21 Jun: Tidak sampai empat jam selepas sebuah motorsikal dilaporkan hilang disyaki dicuri, seorang lelaki warga Vietnam berusia 34 tahun ditahan polis ketika cuba melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) Covid 19 di Lambir pada pagi Ahad.
Difahamkan, suspek telah cuba melalui SJR tersebut sebelum dia ditahan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, motorsikal terbabit telah dilaporkan hilang oleh pemiliknya di pasar Lutong sekitar jam 7 pagi pada hari yang sama.
Turut dirampas semasa tangkapan, sebuah motorsikal jenis Demak berserta helmet dan kunci kenderaan tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Immigresen 1959/63.— DayakDaily