Oleh Brad Rantayy
MIRI, 21 Jun: Tindakan seorang wanita mengugut bunuh pasangan kekasihnya membawa padah, apabila dia ditahan polis untuk tindakan lanjut.
Suspek wanita berusia 42 tahun itu, yang juga pemilik gerai buah-buahan di sini ditahan pada malam Sabtu (19 Jun), di kediamannya di Jalan Dato Permaisuri Bandar Baru Permyjaya, kurang dari empat jam selepas mangsa membuat laporan polis.
Mangsa yang juga seorang wanita telah tampil membuat laporan polis selepas mendakwa telah diugut bunuh oleh suspek.
Punca kejadian masih dalam siasatan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, tangkapan dibuat sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily