Suspek pecah rumah kantoi, cap jari miliknya dikesan di salah satu lokasi kejadian

Suspek (tengah) dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 4 Jun: Seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat kes pecah rumah sekitar bandaraya Miri diberkas polis pada pagi Jumaat (3 Jun), susulan penemuan beberapa kesan cap jari miliknya di sebuah tabika di Jalan Lopeng di sini.

Difahamkan, tabika tersebut telah dipecah masuk pada 15 Mei, 2017.


Beberapa barangan telah dilaporkan hilang disyaki dicuri.

Difahamkan, dalam kejadian, beberapa koyakan pada pagar bahagian tepi tabika tersebut dikesan dipercayai telah digunting.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 28 tahun itu kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. — DayakDaily