Suspek pecah rumah, ditangkap bersama dadah di Serian

Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

SERIAN, 24 Jan: Seorang lelaki iaitu suspek kes pecah rumah ditangkap di Kampung Plaman Bantang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata suspek telah diserahkan oleh penduduk kampung kepada anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Serian pada jam 11.46 malam.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek juga menemui tiga plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Suspek bersama dadah tersebut kemudian dibawa ke Balai Polis Serian untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. — DayakDaily