Suspek ditahan selepas cubaan memukul isteri dengan pencedok simen

Royal Malaysia Police logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, Dec 3: Cubaan seorang lelaki memukul isterinya menggunakan pencedok simen gagal apabila wanita terbabit sempat menjerit dalam satu kejadian pada pagi semalam di Tanjong Lobang.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, lelaki berusia 50 tahun itu dipercayai naik angin ketika bergaduh dengan isterinya dan berlaku aksi kejar mengejar diantara sebelum cuba mengetuk pengadu menggunakan pencedok simen tersebut.


Namun, pengadu sempat mengelak dan menjerit menyebabkan suspek segera meninggalkan kawasan tersebut.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek telah datang ke tempat pengadu bekerja dalam keadaan marah di Jalan Brighton Tanjong Lobang, namun pengadu cuba mengelak.

Berang tidak dilayan, suspek cuba mengejar pengadu sebelum mengambil pencedok simen dan cuba memukul pengadu.

Susulan kejadian, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu.

Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) telah menahan suspek awal pagi ini sekitar jam 1 pagi di Jalan Brighton Tanjong Lobang untuk siasatan lanjut.

Ketua polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. — DayakDaily