Sultan Hassanal Bolkiah dan PM Anwar saksikan MoU antara MIDA-BIA

Signature. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 25 Jan: Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan Agensi Pelaburan Brunei (BIA) di Istana Nurul Iman.

Menurut laporan Bernama, ia bersempena dengan lawatan rasmi Anwar selama dua hari ke Brunei.

Anwar yang diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di istana itu pada 11.05 pagi.


Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah turut hadir.

Delegasi Malaysia kemudian diraikan pada Majlis Persantapan Rasmi oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Anwar tiba di Brunei semalam dan diberikan sambutan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Kunjungan ini ialah lawatan rasmi ke luar negara yang kedua beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November tahun lepas. — DayakDaily